Tuesday, February 16, 2010

Kelantan Terdesak

PEMAIN Kedah, Azlan Ismail (kirI) melepasi pemain Kelantan, Mohd Rizal Fahmi pada saingan Piala FA di Stadium Darulaman, malam tadi. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.
FINALIS tahun lalu, Kelantan berdepan ranjau agak sukar sekalipun memaksa Kedah seri 0-0 dalam perlawanan pertama, pusingan kedua kejohanan bola sepak Piala FA di Stadium Darulaman, malam tadi. Keputusan ini bermakna sebarang keputusan seri dengan jaringan di tempat sendiri, Sabtu ini bakal menyingkirkan Kelantan ketika hanya kemenangan boleh menjamin laluan The Red Warriors meneruskan cabaran, musim ini.

Tuesday, February 2, 2010

Piala FA : Kedah menang 2-0

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Muda mengejutkan KL Plus selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 pada pusingan pertama Piala FA, semalam.

KL Plus yang turun selaku tuan rumah di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, bagaimanapun mendahului permainan hasil jaringan S. Sumindran pada minit ke-55, sebelum A. Thamil Arasu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-70.

Ketika keputusan seakan berkesudahan seri, Thamil Arasu muncul wira menjaringkan gol kemenangan Harimau Muda enam minit sebelum perlawanan tamat.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur mengalahkan Johor 3-1 hasil jaringan Azidan Sarudin pada minit ke-37, sebelum menambah gol kedua melalui Ahmad Hazwan Bakiri pada minit ke-78.

Badrol Hisham Azmi melengkapkan kemenangan bergaya skuad ibu kota itu dengan menambah gol ketiga pada minit ke-84, sementara gol sagu hati Johor diperoleh melalui Azmi Sarmin minit ke-71.

Sementara itu, di Stadium Likas, Sabah tewas 0-2 kepada pasukan pelawat Kedah, pasukan bimbingan Ahmad Yusof itu memperoleh jaringan melalui Azlan Ismail pada minit ke-18 dan Saramsak Kram minit 89.

Turut mencatat kemenangan ialah Pulau Pinang yang menang tipis 2-1 ke atas lawan mereka dari Liga Perdana, Sarawak di Stadium Batu Kawan.

Pulau Pinang memperoleh jaringan melalui Chun Keng Hong pada minit ke-54 sebelum Failee Ghazali menambah gol kedua seminit kemudian, jaringan tunggal Sarawak diperolehi melalui Mohd. Shahrol Saperi pada minit ke-35.

Pertemuan kedua Piala FA akan berlangsung pada Sabtu ini.