Thursday, June 18, 2009

Pemain Muda kembali menyengat

SABREE (depan) diasak pemain pertahanan Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin.
_______________
PEMAIN muda Kedah kembali menyegat dalam saingan Liga Super, lapor ZAINAL AZHAR MOHAMED.
Negeri Sembilan menjadi mangsa terbaru yang menyaksikan mereka menang 3-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam kelmarin.

Keputusan yang diraih skuad Kenari itu juga membolehkan ketua jurulatihnya, Mohd. Azraai Khor Abdullah senyum lebar apabila hasrat untuk menebus kekalahan pada perlawanan lalu tercapai di gelanggang sendiri.

Azraai berkata, dia teruja dengan aksi pemain muda selepas berjaya menguasai perlawanan tersebut meskipun ketinggalan 1-0 di awal permainan.

Katanya, sebelum perlawanan bermula dia agak resah dengan kehilangan pemain seperti Badrol Bakhtiar yang merupakan tonggak penting untuk melancarkan serangan.

Namun jelasnya, selepas menurunkan pemain muda yang lain seperti Mohd. Fadly Baharom corak serangan pasukannya tetap berkesan malah berjaya menghasilkan gol.

Pada perlawanan itu, Kedah memperoleh jaringan menerusi Mohd. Sabree Abu pada minit ke-44 sebelum Khyril Muhymeen Zambri dan Mohd. Azrul Ahmad melengkapkan malam gemilang itu pada minit ke-64 dan 86.

Jaringan tunggal Negeri Sembilan dihasilkan Mohd. Zaquan Adha pada minit ke-35.

18/6

No comments:

Post a Comment